• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Minyak Enjin

Guna & Nikmati Kehebatan Minyak Enjin Kereta XRA Power

  • Blog
  • Perlu Bantuan?
  • Cara Pembelian
  • Facebook
  • WhatsApp

March 17, 2017 By admin

Cara Semak NCD / No Claim Discount ( Diskaun Tiada Tuntutan ) Secara Online

  • Blog
  • Perlu Bantuan?
  • Cara Pembelian
  • Facebook
  • WhatsApp
You are here: Home / Blog / Info / Cara Semak NCD / No Claim Discount ( Diskaun Tiada Tuntutan ) Secara Online

Cara semak NCD ( No Claim Discount ) secara online boleh menjimatkan insuran kenderaan jika anda fahaminya.

Dalam tempoh 12 bulan sebelum sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi insuran kenderaan maka anda layak untuk jimat membeli insuran diperbaharui polisi kemudian hari.

cara semak ncd, apa itu ncd, info ncd, cara claim insuran, cara jimat renew insuran

Apa Itu NCD ?

Diskaun Tiada Tuntutan atau dalam bahasa yang biasa kita dengar adalah NCD / No Claim Discount adalah suatu jenis bonus atau diskaun yang diberikan kepada pengguna sekiranya tiada tuntutan dibuat untuk tempoh 12 bulan sebelum.

Anda akan dapat berjimat lagi dengan memindahkan NCD kereta lama ke kereta baru, lagi lama tuntutan belum dibuat, lagi banyak diskaun yang anda dapat.

Banyak Mana Diskaun NCD Boleh Dapat?

Diskaun bergantung kepada jenis kenderaan. Kenderaan persendirian akan menikmati diskaun yang lebih tinggi berbanding kenderaan motosikal dan komersial. Kelayakan untuk mendapat diskaun adalah dengan anda perlu penuhi syarat 12 bulan tanpa tuntutan.

Pada tahun pertama tiada diskaun diberikan, anda akan mula dapat diskaun untuk renew polisi insuran pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya. Untuk lebih detail tentang kadar peratusan yang diberikan untuk NCD ini, boleh rujuk dibawah mengikut jenis kenderaan dan tempoh mengikut tahun.

Bermula dari                                    Kenderaan Persendirian Motosikal Komersil
Tahun Pertama                                                            0%              0%          0%
Tahun Kedua                                                              25%            15%        15%
Tahun Ketiga                                                              30%            20%        20%
Tahun Keempat                                                          38.3%         25%        25%
Tahun Kelima                                                             45%            25%        25%
Tahun Keenam                                                           55%            25%         25%
Tahun Ketujuh                                                           55%             25%        25%

Sekiranya Anda Terpaksa Untuk Membuat Tuntutan Atas Kemalangan , Apa Yang Akan Terjadi ?

Sebagai contoh, admin buat pengiraan jika pada tahun kedua anda kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan insuran, maka semasa anda nak renew polisi insuran diskaun anda akan kembali ke 0 % seperti tahun pertama.

Faktor Faktor Penting Anda Kena Tahu Tentang NCD

Kerosakan Yang Bukan Dilakukan Sendiri ( No Fault Damage )

No Fault Damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan dilakukan oleh anda sendiri. Diskaun NCD anda tidak akan kembali ke 0% atau hilang atas tuntutan macam ini.

Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan diantara anda dan pihak ketiga, anda mempunyai pilihan membuat tuntutan insuran pihak ketiga atau polisi komprehensif anda sendiri tanpan menjejaskan NCD anda.

NCD Boleh Dipindahkan

Jika anda mempunyai niat untuk menjual kereta dan NCD kereta lama anda ada sebanyak 30 %, maka anda layak untuk memindahkan diskaun tersebut kepada kereta baru.

NCD tidak boleh digunakan lebih pada satu kenderaan. Secara automatik, kenderaan lama anda akan kembali ke 0%.

Tips penting, jika nak dapat penjimatan berlipat kali ganda, anda dinasihatkan untuk memindahkan NCD tertinggi kepada kereta paling tinggi harga pasaran.

Sebagai contoh, jika anda 2 buah kereta baru. Satu Honda BRV dan satu lagi Axia . Pilih Honda BRV untuk pindah NCD kereta lama anda ke kereta baru.

NCD tidak akan terjejas jika ingin menukar syarikat insuran/takaful baru.

Polisi Cermin Kereta

Ianya satu polisi tambahan pada insuran komprehensif dan ramai memilih cara ini untuk menukar/ membaiki cermin yang pecah kerana kosnya agak tinggi.

Jika anda memiliki polisi insuran ini dan membuat tuntutan, maka NCD anda tidak akan terjejas. Tetapi jika tidak memilikinya dan terpaksa membuat tuntutan, NCD akan hilang.

Macam Mana Nak Dapatkan Ganjaran Penuh NCD ?

Bagi mengelak kehilangan NCD kenderaan anda, dan anda mempunyai kemampuan, disarakna untuk membayar kos kerosakan sendiri daripada membuat tuntutan jika kos rendah.

Sebagai contoh ;

Situasi 1 : Jika anda tidak mempunyai polisi cermin kereta

Jika kos membaiki cermin kereta sekitar RM 600 tetapi kadar NCD semasa anda 55 % yang membolehkan anda mendapatkan diskaun sebanyak RM 600, maka tidak perlulah membuat tuntutan insuran.

Sebaiknya membayar sendiri kos tersebut. Ini kerana anda dapat berjimat dan tak perlu bermula 0% semula seperti tahun pertama kerana NCD meningkat setiap tahun.

Situasi 2 : Jika anda mempunyai polisi cermin kereta

Jika anda mempunyai polisi insuran ini, terpulang pada anda untuk membuat tuntutan atau tidak kerana NCD anda tidak akan terjejas.

Semak NCD Secara Online

cara semak ncd, apa itu ncd, info ncd, cara claim insuran, cara jimat renew insuran

Kesimpulanya, dengan sedikit info tentang NCD ini anda juga boleh semak NCD secara online di MyCarInfo.com.my

Admin berharap dengan memahami polisi insuran kenderaan anda, bukan saja dapat jimat kos, tapi dapat mengelak daripada ditipu agen insuran sekiranya anda layak dapat diskaun anda seperti NCD ini.

Jangan lupa SHARE jika bermanfaat !

Sumber : iBanding.com

Kongsi Sekarang:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Telegram (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)

Related

Filed Under: Blog, Info Tagged With: Apa Itu NCD, Cara Claim Insuran, Cara Renew Insuran, Cara Semak NCD, Info NCD

admin

Tukang Kayu untuk laman MinyakEnjin.com . Be The One !
Viral dalam poket laman rasmi tentang automatif ini dengan sahabat anda.

Harga Promosi Gila. Nak Tahu?

Untuk dapatkan lebih info, diskaun dan tawaran terhebat pada masa akan datang, sila daftarkan Nama dan Emel terkini anda secara PERCUMA di ruangan kosong dibawah.

Primary Sidebar

LANGGAN PERCUMA

Dapatkan lebih info, diskaun dan tawaran terhebat pada masa akan datang, sila daftarkan Nama dan Emel terkini anda secara PERCUMA di ruangan kosong dibawah.



Like Us On Facebook

Like Us On Facebook

Post Terbaru

  • Minyak Hitam Motosikal Terbaik Untuk Honda RS150 & Yamaha Y15zr
  • Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018
  • Gambar Yamaha YZF – R25 ( 2018 ) Warna Baharu – Harga Kekal RM 20,630
  • Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018

Komen Terbaru

  • Jadual Tren ETS Disember 2017 - Februari 2018 on Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES di Seluruh Malaysia on Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018
  • Jadual Tren ETS Februari 2017 ( Terkini ) on Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018
  • Jadual Tren ETS Ogos 2017 on Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018
  • Semak Saman AES ( AWAS ), JPJ Dan Trafik PDRM Online - on Denda RM 300 Memandu Sambil Bermain Telefon – Kamera AES Termasuk Sekali

Kategori

Arkib

Tag

Boon Siew Honda Cara Semak Saman AES Cara Tukar Air Radiator Denda Kesalahan Jalan Raya Ford Ranger Gambar Honda CBR250RR Harga Honda BRV Harga Honda CBR250RR Harga Minyak Enjin Harga Myvi 2018 Baru Harga Yamaha R25 2018 Honda Malaysia Jadual ETS 2017 Jadual ETS 2018 Jenis Minyak Pelincir Kamera AES Kereta Automatik Kereta Terbang KTMB ETS Lokasi AES JPJ Malaysia Lokasi Kamera AES Minyak Enjin Kereta Minyak Enjin Motosikal Minyak Enjin Myvi Minyak Enjin Proton Minyak Enjin Terbaik Minyak Hitam Minyak Hitam RS150 Minyak Hitam Y15zr Minyak Pelincir Movistar Panduan Renew Kad KTM Perodua Axia Proton Sebab Kena Saman Semak Saman AES Semak Saman Awas Semak Saman JPJ Semak Saman Online Semak Saman Trafik Servis Kereta Tips Hari Raya Trak Pikap Terbaik Yamaha 125ZR Yamaha R25

Soalan Lazim Tentang Minyak Enjin XRA Power

1. Minyak enjin ni original ke? Brand tak popular pun?

Anda boleh layari Utusan Malaysia untuk ketahui jenama ini sudah lama bertapak sejak tahun 2010-2011. Sudah mempunyai pengikut tersendiri. Dan semestinya minyak enjin X’RA Power Original dan Berkualiti pada harga mampu milik.

Related

2. Saya nak COD, Boleh Ke?

Boleh. Pembayaran melalui COD disediakan di Kedah sahaja terutamanya Alor Star, Gurun, Yan, dan Sungai Petani. Sila hubungi Encik Suhaimi +60134752588.

Recent search terms:

  • https://minyakenjin com/faq/2-saya-nak-cod-boleh-ke/

Related

3. Ada Jaminan tak?

Ada. Pihak kami akan memulangkan wang anda sekiranya aduan anda tidak berpuas hati dengan kualiti seperti kami katakan selepas siasatan. Kami jamin minyak ini original dan setanding minyak jenama terkemuka.

Related

4. Minyak untuk Enjin Diesel, NGV dan lain-lain tak ada ker?

YA. Semestinya ADA. Sila SMS/WhatsApp +60165034503 untuk maklumat lanjut. Kami senaraikan di laman web ini yang “best seller”.

Related

5. Apa yang membezakan minyak enjin X’Ra Power dengan jenama yang lain?

Minyak enjin X’RA Power menggunakan kandungan yang diimport 100%, teknologi Jerman & formula gred yang terkini 5W-30SN dan 5W-40SM berbanding jenama lain yang masih menggunakan formula lama seperti SAE 5W-40* dan SAE 10W-40*. ( contoh * formula sebelumnya/lama)

Related

Cari Kami di Sini!


Footer

Blog

  • Minyak Hitam Motosikal Terbaik Untuk Honda RS150 & Yamaha Y15zr
  • Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018

FAQ

Soalan Lazim


Kelebihan Minyak Enjin XRA Power

Minyak Enjin Pelincir Sintetik Tiruan Ke? Anda Kena Baca Ini

Nak Order ?

Cara Pembelian

Hubungi Kami

Perlu Bantuan?

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Dibuat dengan ❤ di Guar Chempedak · Dasar Privasi · Hubungi · Back to Top
SH NETWORK ENTERPRISE (JM0766708-K)

 

Loading Comments...