Kementerian akan menguatkuasakan denda RM 300 jika anda memandu sambil bermain telefon mudah alih termasuk didalam kesalahan merakam pemandu yang bersalah melalui kamera AES.
Denda untuk kesalahan memandu bukan sesuatu yang baru admin rasakan sebab telah diimplementasi sejak sebelum ini oleh polis trafik termasuk menggunakan telefon ketika memandu.
Hari ini, perkara berkenaan telah ditekankan sekali lagi oleh kementerian menyatakan sesiapa yang didapati memandu sambil menggunakan peranti telefon akan dikena denda RM 300.
Baca lagi : Lokasi Kamera AES di Malaysia. Terbaru !
JPJ dan pihak berkuasa berkaitan termasuk PDRM akan mempertingkatkan pemantauan dimana dua jenis kamera akan digunakan untuk merakam iaitu kamera statik dan kamera mudah alih yang kita sedia maklum sering “ditembak” sebelum ini memandu melebihi had laju.
Untuk pengetahuan anda juga, Kamera AES akan disertakan dalam sistem untuk merakam pemandu yang bersalah menggunakan peranti mudah alih.
Bercakap mengenai penggunaan telefon untuk navigasi seperti Waze dan Google Map yang acap kali digunakan oleh kita sebagai pemandu dan untuk pemandu Uber dan Grab Car, kementerian mengatakan pengguna boleh menggunakannya tetapi perlu didok ke pemegang telefon ( car holder dock )pada kenderaan.
Sumber : The Star
[…] ! Kerajaan akan melaksanakan denda RM 300 jika anda memandu sambil bermain telefon. Kamera AES juga diprogramkan untuk melaksanakan kesalahan ini yang kita tahu sebelum ini, kes-kes […]