Kalau anda follow dan ketahui serba sedikit tentang rakan blogger Khai ( Oh Media ) yang sudah membeli sebuah Honda Civic 2017.
Dari penulisan beliau, Honda Civic 2017 didatangkan dengan pelbagai pembaharuan pada jentera Honda ini. Banyak juga yang ciri – ciri menarik yang ada pada Honda Civic 2017. Mengancam kot, dengan sistem dan teknologi ada yang ada Honda Civic 2017.
Nak lebih Power, Honda Civic Type-R jentera patut dimiliki ! 🙂
Kini muncul video buat kali pertama, Honda Civic Type-R generasi 2017 yang turut mendedahkan bunyi garang yang unik dari enjin empat silinder 2.0 liter DOHC i-VTEC Turbo.
Selain itu, video ini turut memaparkan gambaran lebih terperinci pada lampu hadapan ada LED, skup udara pada bonet enjin, sirip – sirip pada bahagian belakang bumbung, tempat duduk bucket merah dan tombol gear.
Berbeza dengan Honda Civic 2017 biasa, jentera kategori Type-R ini menggunakan enjin yang sama dengan generasi terdahulu, Civic Type-R 2017 ini menjana sejumlah 320 PS pada takat 6,500 rpm serta tork maksima 400 Nm bermula 2,500 hingga 4,500 rpm, mengekstrak lebih 10 PS dari FK2R.
Enjin berkenaan turut diberikan sentuhan yang diperhalusi, antaranya, roda tenaga (flywheel) yang dapat mengurangkan inersia klac sebanyak 25%, digandingkan dengan transmisi manual enam-kelajuan bersama nisbah gear akhir lebih rendah bagi menambah baik respon pecutan lengkap dengan LSD heliks.
Gambar Honda Civic Type-R 2017
Jom layan gambar jentera padu ini!
Recent search terms:
- https://minyakenjin com/gambar-video-honda-civic-type-r-2017/