Gambar Yamaha R25 2018 Baharu Tampil Dua Warna Baharu.
Yamaha R25 2018 dibawakan seperti biasa oleh Hong Leong Yamaha Motor ( HLYM ) memperkenalkan dua warna baharu iaitu warna hitam dan biru yang kini lebih garang.
Sportbike kategori 250cc ini semakin popular diatas jalanraya Malaysia disebabkan pada harga yang kompetitif dan mampu milik Yamaha menjadi pilihan selepas jenama sportbike yang lain seperti Kawasaki dan KTM Duke & RC.
Dari aspek mekanikal, Yamaha R25 2018 masih lagi menggunakan unit enjin yang sama seperti model lama iaitu bersesaran 249cc yang mampu menghasilkan kuasa 35.5hp pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm ( 10,000rpm ) bersamaan transmisi 6- kelajuan.
Kebiasaan kalau anda pernah buat carian tentang “top speed” Yamaha R25 2018 ini mampu memberikan kelajuan maksimum sekitar 170kmj. ( Ada yang tukar muffler dan tayar belakang mampu cecah 200km, tak percaya cuba try 😀 ).
Harga Yamaha R25 2018
Untuk harga jualan R25 masih lagi dikekalkan pada harga yang sama iaitu dijual pada harga RM 20,630.78 termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan.
Tapi yang pasti, penampilan design Yamaha R25 2018 tampak lebih garang dan sporty dan semestinya menjadi kegilaan para bikers untuk mencuba sportbike 250cc ini dari Yamaha !
Gambar Yamaha R25 2018
Perang sportbike untuk cc 250 tidak akan berakhir dimana Kawasaki Ninja 250 SL RM 17,499 dan Ninja 250 RM 21,940 serta KTM RC250 ABS RM 21,081 menawarkan kelebihan masing – masing daripada pengeluar.
Recent search terms:
- https://minyakenjin com/gambar-yamaha-r25-2018/