Honda CBR250RR dijangka masuk ke Malaysia pada tahun depan. Model yang terus dinantikan selepas penerimaan Yamaha R25 semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Menurut sumber Boon Siew Honda menyatakan kemasukan CBR250RR mungkin sedikit lewat disebabkan pihaknya perlu memastikan model berkenaan dibangunkan mengikut spesifikasi Euro – terdapat lebih 70 komponen model ini perlu ditukarkan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Selain itu, kadar cukai di Malaysia yang dikenakan agak tinggi, berkemungkinan besar harga Honda CBR250RR akan menjadi lebih mahal di Malaysia berbanding Indonesia dan Jepun.
Harga Honda CBR250RR
Mengikut sumber, berkemungkinan model Honda CBR250RR akan dijual pada harga RM 30,000 berbanding di pasaran Indonesia harga jualan RM 22,000 dan pasaran Jepun harga jualan RM 29,000.
Jika nak dibandingkan dengan harga model CBR250RR ini dengan model Yamaha YZF- R25 akan terdapat sedikit jurang perbezaan harga yang agak ketara bagi segmen 250cc.
Spesifikasi Honda CBR250RR
Tampil sama seperti pasaran Indonesia, Honda CBR250RR dipadankan enjin penyejukan cecair 4-injab DOHC bersesaran 249.7cc dengan kelajuan maksimum 170kmj, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 36.3hp pada 12,500rpm dan tork 22.5Nm (10,500rpm).
Honda CBR250RR turut didatangkan dengan tiga mod pilihan iaitu Sport, Comfort dan Sport Plus untuk keselesaan menunggang.
Gambar Honda CBR250RR
Jom layan gambar Honda CBR250RR dulu dari rakan blogger Paultan, ambil “feel” sebelum dilancarkan di pasaran tempatan. Enjoice!
Kesimpulan CBR250RR ini adalah sebuah jentera motosikal yang patut dimiliki. Kalau admin tengok pada perbezaan harga yang agak ketara diantara model ini dan superbike yang lain seperti R25 dan Ninja 250. Ini terpulang pada individu untuk milikinya.
Tepuk poket tanya selera.. hehe 🙂
Recent search terms:
- https://minyakenjin com/honda-cbr250rr/