• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Minyak Enjin

Guna & Nikmati Kehebatan Minyak Enjin Kereta XRA Power

  • Blog
  • Perlu Bantuan?
  • Cara Pembelian
  • Facebook
  • WhatsApp

January 15, 2017 By admin

19 Perkara Ini Anda Kena Ambil Tahu Bila Masa Sesuai Servis Kereta

  • Blog
  • Perlu Bantuan?
  • Cara Pembelian
  • Facebook
  • WhatsApp
You are here: Home / Blog / 19 Perkara Ini Anda Kena Ambil Tahu Bila Masa Sesuai Servis Kereta

Penafian : Artikel ini disalin dari halaman Limau Ais dan diolah untuk rujukan semula. Jika anda penulis asal sila komen dibahagian bawah untuk kredit penulisan anda. Terima kasih.

minyak enjin, minyak pelincir petronas, minyak enjin shell, masa sesuai servis kereta
Sumber Gambar

Point paling atas dituruti point kebawah perlu anda perlu lebih titik beratkan semasa servis kereta. Ini kerana hayat setiap komponen dan bahagian dalam kereta ada tempoh selenggara dan servis.

1.) Minyak hitam ( minyak pelincir enjin kereta )

Minyak enjin yang bukan sintetik (mineral based) tu setiap 5,000 km @ 3 bulan yang mana paling awal. Kalau yang sintetik – 7,500 km atau semi sintetik 10,000 km. Fully Sintetik sehingga 15,000km.

Anda juga boleh menggunakan XRA Power Engine Treatment Booster untuk minyak enjin yang tiada Metal Protection Free (MPF) untuk kelancaran dan memastikan enjin sentiasa diberi perlindungan berterusan.

Baca Lagi : Minyak Enjin Sintetik Tiruan Ke?

2.) Oil Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3.) Spark Plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi anda boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4.) Bateri Kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap saya pakai NS40 atau NS40L…begitu la ceritanya!

5.) Timing Belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6.) Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.) Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8.) Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.) ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai kenderaan AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar.

Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis.

Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!

10.) Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.) Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12.) Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.) Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Akhir sekali, ingin saya ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”

14.) Preventive Maintenance

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

Minyak hitam mineral based untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun.

Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain.

Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang.

Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

Baca Lagi : Beli Minyak Enjin XRA Power Original & Berkualiti Pada Harga Mampu Milik

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

Flush? kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

15.) Water Pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

16.) Spark Plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar.

But the way, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

17.) Top Overhaul

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

18.) Brake Pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

19.) Timing Belt/ Timing Chain

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass.

Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Saya tak begitu pasti tentang ini.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.

Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km.

Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar.

Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Recent search terms:

  • https://minyakenjin com/masa-sesuai-servis-kereta/
  • servis kereta
  • cara servis kereta
  • harga tukar minyak enjin
  • minyak gear box axel guna hingga berapa bulan
  • https://minyakenjin com/masa-sesuai-servis-kereta/#:~:text=Minyak gear manual ditukar setiap ATF – ditukar setiap 20,000 km
  • https://minyakenjin com/masa-sesuai-servis-kereta/#:~:text=Minyak gear manual ditukar setiap kereta lama – bubuh gearbox treatment
  • https://minyakenjin com/masa-sesuai-servis-kereta/#:~:text=Minyak gear manual ditukar setiap Sama macam di atas
  • cara membaiki kereta proton wira 1 6 masuk air
  • https://minyakenjin com/masa-sesuai-servis-kereta/#:~:text=ATF (Automatic Transmission Fluid) sebut setiap 20,000 km tukar

Kongsi Sekarang:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Telegram (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)

Related

Filed Under: Blog Tagged With: Cara Servis Kereta, Jenis Minyak Pelincir, Minyak Enjin Kereta, Minyak Hitam

admin

Tukang Kayu untuk laman MinyakEnjin.com . Be The One !
Viral dalam poket laman rasmi tentang automatif ini dengan sahabat anda.

Harga Promosi Gila. Nak Tahu?

Untuk dapatkan lebih info, diskaun dan tawaran terhebat pada masa akan datang, sila daftarkan Nama dan Emel terkini anda secara PERCUMA di ruangan kosong dibawah.

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Alat Jimat Minyak Petrol Tipu says:
    January 22, 2017 at 2:23 pm

    […] dah, sebab dah tahu, enjin dijaga dengan rapi. Sentiasa check minyak hitam ni ok ke tak lagi, dah sampai masa servis untuk tukar ke dan […]

  2. Modifikasi & Pemasangan Aksesori Motosikal Kereta Yang Lulus JPJ says:
    January 24, 2017 at 10:39 am

    […] sebelum duit melayang kena saman, admin akan senaraikan perkara yang anda patut tahu modifikasi dan pemasangan aksesori motosikal atau kereta yang di luluskan […]

  3. Harga Minyak Enjin Mahal? Cuba Minyak Pelincir XRA Power Sekarang ! says:
    January 25, 2017 at 6:44 pm

    […] setiap 5,000km dan warna minyak enjin hitam perlu tukar, anda perlu tahu serba sedikit tentang masa sesuai servis kereta ini sekurangnya dapat selamat duit poket anda bocor selalu di akhir bulan […]

Primary Sidebar

LANGGAN PERCUMA

Dapatkan lebih info, diskaun dan tawaran terhebat pada masa akan datang, sila daftarkan Nama dan Emel terkini anda secara PERCUMA di ruangan kosong dibawah.



Like Us On Facebook

Like Us On Facebook

Post Terbaru

  • Minyak Hitam Motosikal Terbaik Untuk Honda RS150 & Yamaha Y15zr
  • Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018
  • Gambar Yamaha YZF – R25 ( 2018 ) Warna Baharu – Harga Kekal RM 20,630
  • Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018

Komen Terbaru

  • Jadual Tren ETS Disember 2017 - Februari 2018 on Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES di Seluruh Malaysia on Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018
  • Jadual Tren ETS Februari 2017 ( Terkini ) on Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018
  • Jadual Tren ETS Ogos 2017 on Jadual Tren ETS Disember 2017 – Februari 2018
  • Semak Saman AES ( AWAS ), JPJ Dan Trafik PDRM Online - on Denda RM 300 Memandu Sambil Bermain Telefon – Kamera AES Termasuk Sekali

Kategori

Arkib

Tag

Boon Siew Honda Cara Semak Saman AES Cara Tukar Air Radiator Denda Kesalahan Jalan Raya Ford Ranger Gambar Honda CBR250RR Harga Honda BRV Harga Honda CBR250RR Harga Minyak Enjin Harga Myvi 2018 Baru Harga Yamaha R25 2018 Honda Malaysia Jadual ETS 2017 Jadual ETS 2018 Jenis Minyak Pelincir Kamera AES Kereta Automatik Kereta Terbang KTMB ETS Lokasi AES JPJ Malaysia Lokasi Kamera AES Minyak Enjin Kereta Minyak Enjin Motosikal Minyak Enjin Myvi Minyak Enjin Proton Minyak Enjin Terbaik Minyak Hitam Minyak Hitam RS150 Minyak Hitam Y15zr Minyak Pelincir Movistar Panduan Renew Kad KTM Perodua Axia Proton Sebab Kena Saman Semak Saman AES Semak Saman Awas Semak Saman JPJ Semak Saman Online Semak Saman Trafik Servis Kereta Tips Hari Raya Trak Pikap Terbaik Yamaha 125ZR Yamaha R25

Soalan Lazim Tentang Minyak Enjin XRA Power

1. Minyak enjin ni original ke? Brand tak popular pun?

Anda boleh layari Utusan Malaysia untuk ketahui jenama ini sudah lama bertapak sejak tahun 2010-2011. Sudah mempunyai pengikut tersendiri. Dan semestinya minyak enjin X’RA Power Original dan Berkualiti pada harga mampu milik.

Related

2. Saya nak COD, Boleh Ke?

Boleh. Pembayaran melalui COD disediakan di Kedah sahaja terutamanya Alor Star, Gurun, Yan, dan Sungai Petani. Sila hubungi Encik Suhaimi +60134752588.

Recent search terms:

  • https://minyakenjin com/faq/2-saya-nak-cod-boleh-ke/

Related

3. Ada Jaminan tak?

Ada. Pihak kami akan memulangkan wang anda sekiranya aduan anda tidak berpuas hati dengan kualiti seperti kami katakan selepas siasatan. Kami jamin minyak ini original dan setanding minyak jenama terkemuka.

Related

4. Minyak untuk Enjin Diesel, NGV dan lain-lain tak ada ker?

YA. Semestinya ADA. Sila SMS/WhatsApp +60165034503 untuk maklumat lanjut. Kami senaraikan di laman web ini yang “best seller”.

Related

5. Apa yang membezakan minyak enjin X’Ra Power dengan jenama yang lain?

Minyak enjin X’RA Power menggunakan kandungan yang diimport 100%, teknologi Jerman & formula gred yang terkini 5W-30SN dan 5W-40SM berbanding jenama lain yang masih menggunakan formula lama seperti SAE 5W-40* dan SAE 10W-40*. ( contoh * formula sebelumnya/lama)

Related

Cari Kami di Sini!


Footer

Blog

  • Minyak Hitam Motosikal Terbaik Untuk Honda RS150 & Yamaha Y15zr
  • Jadual Tren ETS Jun 2018 ( Terkini )
  • Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia Kemaskini April 2018

FAQ

Soalan Lazim


Kelebihan Minyak Enjin XRA Power

Minyak Enjin Pelincir Sintetik Tiruan Ke? Anda Kena Baca Ini

Nak Order ?

Cara Pembelian

Hubungi Kami

Perlu Bantuan?

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Dibuat dengan ❤ di Guar Chempedak · Dasar Privasi · Hubungi · Back to Top
SH NETWORK ENTERPRISE (JM0766708-K)

 

Loading Comments...