Perodua Myvi 2018 baharu bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 November 2017 ini. Kemunculan penampilan sulungnya yang tular di Facebook, 2 hari yang lalu mendapat sambutan dan reaksi yang menggalakan daripada nitizen. Walaubagaimanapun, tempahan model ini telah dibuka semalam.
Rata -rata daripada komen nitizen ada yang menyatakan Perodua Myvi 2018 ini seakan gabungan Honda Jazz , Toyota Passo, Daihatsu Boon, VW dan bermacam -macam lagi.
Untuk pengetahuan anda, Myvi 2018 menggunakan enjin yang sama seperti Perodua Bezza dan menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh; “Myvi 2018 serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”
Haa nampakkan rekaan Perodua Myvi 2018 ini jelas dah tak tiru mana – mana bahagian kereta yang admin nyatakan diatas. Ada juga yang komen, bahagian depan macam Bezza dan belakang macam Axia 😉
Generasi Perodua Myvi 2018 ini telah dikhabarkan bakal hadir dengan pelbagai ciri terkini yang begitu menarik antaranya pilihan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVTi, lampu hadapan LED, dan pada model-model spesifikasi tinggi ia turut bakal tampil dengan enam-beg udara.
Myvi 2018 turut bakal hadir dengan pakej bantuan pemanduan keselamatan ASA yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).
Harga Perodua Myvi 2018
Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam enam varian warna iaitu Granite Grey, Mattalic – 1.5L sahaja, Peppermint Green Metallic – 1.3L sahaja, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver, Ivory White dengan dua pilihan enjin iaitu 1.3L & 1.5L.
- Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual – RM44,300
- Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto – RM46,300
- Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto – RM48,300
- Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto – RM51,800
- Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto – RM55,300
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans
Gambar dan Video Perodua Myvi 2018
Kesimpulan dengan kemunculan hatchback Myvi 2018 ini pada harga yang cukup kompetitif, admin rasakan ianya sebuah jentera yang patut dimiliki setanding kereta buatan luar negara. Sama – sama kita nantikan pelancaran rasmi Perodua Baharu Myvi 2018 ini pada 16 November ini.