Sumber gambar : Facebook Proton
Proton bakal turut hadir dengan kereta pemanduan automatik ( swapandu ) dan kereta terbang.
Proton yang merupakan salah satu pengeluar kenderaan tempatan dan memperlihatkan beberapa perubahan besar termasuk perjualan pegangan kepada syarikat China iaitu Geely ( turut milik Volvo sebagai anak syarikat ) mengatakan akan hadir kereta terbang sebagai kenderaan baru.
CEO Proton mengatakan akan hadir tiga jenis varian untuk kenderaan ini ialah kereta pemanduan automatik ( swapandu ), kereta berkuasa eletrik dan juga kereta terbang.
Kereta – kereta seperti automatik dan eletrik ini, kita serba ketahui merupakan satu evolusi baru dalam arena automatif dan perkara berkenaan tidak mustahil untuk Proton mengikut jejak.
Teknologi untuk kereta terbang, akan dipindah kepada R&D Proton untuk pembangunan melalui pengambil-alihan syarikat Terrafugia baru – baru ini.
Sama – sama kita nantikan dengan perkembangan dan perubahan besar yang dilakukan oleh Proton ini dapat meningkatkan sambutan dan kepercayaan orang ramai terhadap Proton dalam masa setahun dua lagi.
Sumber : Kosmo