Tips jimat dan selamat balik kampung sempena Hari Raya. Berikut adalah tips yang admin rasa sesuai dibawakan khas untuk anda baca apa yang perlu buat sekiranya nak pulang di hari raya ini dengan memandu kereta dengan selamat.
Kalau anda menonton televisyen, kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan di lebuhraya kian meningkat. Yang terkini tular di media sosial kemalangan tragik yang meragut nyawa seorang bayi. Akibat kelalaian seorang pemandu yang memandu di lane kanan melanggar kenderaan Axia di sebelah lane kiri.
Nak selamat memandu pulang di Hari Raya, admin berpendapat, anda boleh laburkan sedikit untuk menggunakan DashCam Car Recoder Full HD 1080P
Anda boleh KLIK BELI di link ini.
Banyak manfaat yang anda boleh dapat sekiranya pasang DashCam Car Recoder di kereta anda masing – masing salah satunya bukti sekiranya berlaku kemalangan. Nanti ada kelapangan akan dikongsikan di artikel akan datang ye. 🙂
Disini, admin kongsikan tips memandu pulang hari raya selamat sampai ke destinasi ;
Tips 1 : Rancang Perjalanan Anda
Kalau anda nak balik kampung jauh, sila rancang perjalanan anda bagi mengelak tempuhi kesesakan jalan raya. Ini kerana nak jimat penggunaan petrol, ikut laluan yang perjalanannya lancar dan tidak sesak.
Tips 2 : Sentiasa peka dengan persekitaran ketika memandu
Dalam erti kata lain, mata anda kena sentiasa ‘liar’ memerhati / peninjauan serius ketika memandu. Anda bukan saja perlu lihat no plate kenderaan di hadapan malah anda perlu lihat trafik dan persekitaran yang membentuk dihadapan kenderaan anda jika memandu dibelakang.
Awasi jarak kenderaan yer
Tips 3 : Potong ikut laluan yang betul
Pastikan anda sentiasa cermat dan tak gopoh memandu. Potong di bahu kanan jalan jika nak memotong. Jangan amalkan memotong tanpa beri signal dan “potong sayur”. Peluang untuk anda tidak terjebak dengan kemalangan jika beri signal, lihat dan potong adalah sangat baik jika ikut apa yang betul.
Tips 4 : Tahu had laju
Jika anda memandu sambil mengetahui had laju kenderaan anda kebarangkalian untuk tidak mengalami kemalangan adalah sangat rendah. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut semasa diselekoh dan tindak balas brek kereta anda.
Tips 5 : Berhati – hati dengan Blind Spots
Sentiasa cermat dan berhati – hati di kawasan yang persekitarannya adalah Blind Spot. Erti kata, anda memandu dan tak nampak apa yang dihadapan, dibelakang atau disisi. Jangan memotong atau memecut. Fokus terhadap pemanduan.
Pemandu yang bijak dan berhemah, akan sentiasa mengambil kira semua faktor tu dengan menggunakan side mirror dan cermin belakang sebaiknya jika pemandu lain terutamanya lori.
Tips 6 : Awasi pemandu lain berdasarkan cara pemanduannya
Jika anda lihat cara pemanduan kenderaan dihadapan kelihatan tidak baik, secara tidak langsung anda boleh mengambarkan ciri pemandu tersebut tidak menitik berat aspek keselamatanya.
Ambil perhatian yang suka memandu sambil memegang telefon. Sila jauhi mereka.
Tips 7 : Servis kereta anda
Pastikan tayar angin cukup, komponen yang perlu ditukar jika pemanduan anda adalah perjalanan jarak jauh.
Dan jangan lupa tukar minyak enjin anda sekiranya nak jimat petrol dan pickup semasa memandu. Kalau terasa kereta anda sudah semput. Boleh dapatkan Minyak Enjin XRA Power sekarang !
Tips 8 : Kongsi Kenderaan
Jika anda bujang atau masih keluarga kecil, rancang perjalanan balik kampung anda dengan rakan yang menuju destinasi yang sama. Jimat banyak anda pulang di Hari Raya.
Berikut adalah tips yang dikongsikan anda perlu tahu. Nak selamat memandu di jalan raya ketika pulang di Hari Raya, jadilah pemandu yang berhemah dan bertolak ansur.
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya dan ingat orang tersayang. Jangan lupa SHARE artikel ini. 🙂