Video trailer terbaru Fast 8 iaitu Fate Of The Furious viral selepas dapat sambutan menggalakkan untuk filem Furious 7 yang lalu.
Fast & Furious generasi ke – 8 ini makin hampir di panggung wayang dimana akan ditayangkan pada 14 April 2017.
Video yang berdurasi selama 45 saat ini bermula di Cuba dimana Dom dan isterinya Letty Ortiz ( Michelle Rodriguez ) honeymoon disana.
Yang menarik kita akan ketahui tentang jalan penceritaan Fast 8 ini, Letty dan geng mempunyai misi memulihkan Dom, dan travel keseluruh negara dari New York ke Barents Sea. Bersama menjayakan Fast 8 kali ini Luke Hobbs ( Dwayne The Rock ), Roman Pearce ( Tyrese Gibson ) dan Tej Parker (Ludacris).
Jadi anda jangan pelik, Fast 8 ini dah tiada watak tunjang utama iaitu Paul Walker yang sudah mati dalam kemalangan. Fast 8 akan memberi kesegaran baru dalam penceritaan yang lebih dramatik dan sensasi.
Jom layan video trailer terbaru Fate of the Furious ( Fast 8 ) ini ! Enjoice!